Assalamualaikum wth..
Salam perkenalan buat sahabat-sahabat sekalian.....
Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga saya menjejak kaki buat kali kedua di Universiti Malaya. Namun berbeza dari tiga tahun lepas kerana sesi pengajian dahulu amat menyeronokkan dan banyak kenangan pahit manis dan mungkin berbeza dengan pengajian “belajar menjadi guru” yang mungkin lebih mencabar. Suatu malam pada bulan November tepat jam 12malam saya dengan perasaan berdebar-debar menyemak jawapan tawaran kemasukan DPLI, Alhamdulillah amat menggembirakan...tak lena tidur rasanya. Namun berat hati nak meninggalkan puteri tersayang, suami dan keluarga yang jauh nun dihujung negeri tapi saya rasa dengan pengorbanan ini ada balasan yang setimpal. Bak kata orang tua-tua, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Namun saya gagahkan juga demi mencapai cita-cita. Minggu pertama perkenalan dengan sahabat baru, ramai juga yang dah kenal dan ramai juga yang baru kenal. Saya diberi tempat di Kolej Tuanku Kurshiah atau Kolej 3, tapi tidak menjadi masalah kerana semasa ijazah sarjana muda dulu saya menetap di kolej yang sama. Hari pertama masuk kelas teknologi dan inovasi dalam pendidikan ni macam-macam fikir. Dapat tak saya ikut subjek ni? Boleh ke saya buat semua ni? Paling canggih pun setakat power point tu mampu lah..tapi saya akan cuba buat yang terbaik dan cuba belajar. Bila fikir-fikir rasanya ramai lagi sahabat yang senasib agaknya..jadi, kalau saya tak belajar sampai bila saya tak akan tahu..kata orang yang bulat tak kan datang menggolek..yang pipih tak akan datang melayang..jadi saya perlu berusaha..
Subjek ini dikendalikan oleh Prof. Dr Saedah Siraj, Cik Ummi dan Cik Chin..dalam pemilihan kumpulan ni saya memilih kelas Prof Madya Dr. Saedah Siraj iaitu Group2 dan akan belajar di makmal komputer 2.
Untuk minggu ni rasanya dah tak da apa yang nak cakap..InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik..buat sahabat sekalian, sama-samalah kita mencapai kejayaan ni..

No comments:
Post a Comment