Friday, March 28, 2008

Assalamualaikum...



Jumpa lagi pada kali ini, harap sahabat semua sihat dan bahagia sentiasa.....minggu ni saya agak tertekan, masalah pengiktirafan JPA untuk Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam masih belum settle lagi, lebih-lebih lagi kami dua orang saja iaitu saya dan Azril. Pelbagai persoalan bermain-main di kepala ni, takut tak dapat teruskan program DPLI ni.. paling penting takut-takut semua sahabat lain kena sekat elaun di sebabkan kami berdua J
Minggu ini kuliah mula lewat sikit, dengar-dengar Prof Saedah ada mesyuarat..tapi hari ini kami belajar mengenai pengenalan teknologi. Banyaknya kebaikan daripada teknologi ni, tapi bagi saya setiap kebaikan tu tak mustahil ada juga keburukannya..tapi hanya bagi orang yang tidak bertanggungjawab saja..selain itu, Prof Saedah juga mendedahkan mengenai contoh-contoh teknologi di Barat..rupa-rupanya kita di Malaysia sudah ketinggalan berbanding teknologi Barat. Cerita Prof Saedah lagi, beliau telah buat kajian mengenai penggunaan teknologi untuk jangka masa 10 tahun lagi, hebatnya Prof Saedah apabila beliau dapat menghasilkan kajian atau Kajian Delphi. Kata Prof Saedah juga, kajian masa depan ni bermatlamat untuk mengkaji dan memberi gambaran kemungkinan dan juga pilihan tentang masa depan untuk membantu pembuat dasar membuat perancangan. Jadi, bila ada perancangan kita akan mudah untuk melakukan sesuatu perkara. Menurut Amara dan Salancik (1971-1972) kajian masa depan adalah sebaang aktiviti yang menambah kefahaman mengenai hasilan-hasilan pada masa depan akibat daripada perkembangan dan juga pemilihan-pemilihan masa kini. Menurut dapatan kajian tentang Impak kesan teknologi terdapat 2,100 website ICT guru dan 1,930,000 website "research on ICT and teacher". Selain itu, terdapat 1,080,000 website mengenai impak ICT kepada latihan guru. Menurut Prof Saedah juga, banyak asas yang membolehkan sesuatu perubahan berlaku. Asas yang pertama ialah masa depan adalah fenomena yang berubah berbanding masa kini. Kedua, manusia mencipta sesuatu pada masa sekarang dan masa depan dengan apa yang dirancang, perancangan masa depan di atur berdasarkan nilai-nilai dan kepercayaan serta masa depan bermula dari masa kini.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pedagogi
Profesor Dr Saedah Siraj
Fakulti Pendidikan

Pengenalan

Teknologi baru menyokong cara baru dalam pembelajaran. Terdapat peluang dan kemungkinan munculnya pendekatan pengajaran yang baru dengan mengaplikasikan metod tradisional dalam kontek yang lebih baik dan bermakna (Ruhleder & Twidale, 2000)
Banyak negara sedang menyediakan pengembangan profesional penggunaan TMK dalam pendidikan bagi mempertingkat kualiti pengajaran (Kirschner, 2004)

1. State Generic software (word processing, databases, spreadsheets, etc)
2. Presentation software (PowerPoint, digital projectors, whiteboards, etc)
3. WWW (content-based resources, digital libraries, journals, databases, etc)
4. Multimedia (graphics, audio, video,etc)
5. CAL/CBL, stand alone or networked
6. Audio and video conferencing
7. Streaming
8. Simulation, Games and models
9. Visualisation tools (eg eMaps and GPS)
10. VLE and MLE, LAMS
11. Mobile technologies
12. Pedagogi
13. Seni dan sains pengajaran
14. Metod pengajaran dan strategi

Jambatan antara pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar dalam interaksi dan aktiviti dalam akademik yang berterusan dalam kelas. Istilah yang digunakan untuk menerangkan pendekatan pengajaran, pembelajaran termasuk apakah yang diajar, bagaimana pengajaran wujud, serta bagaimanakah apa yang diajar dapat dipelajari. Pengkajian terhadap metod dan aplikasi teori pendidikan untuk mencipta persekitaran dan kontek pembelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Potensi Peningkatan dalam PEDAGOGI

Pelengkap kepada pengajaran berpusatkan pelajar
Pelengkap kepada belajar di mana-mana dan bila-bila masa
Menggalakkan pembelajaran secara aktif
Menggalakkan pengajaran kolaboratif
Mempertingkat Keyakinan-Diri Guru dan Pelajar
Menyediakan peluang maklumbalas yang cepat
Menarik minat dan mempertingkat motivasi pelajar
Peningkatan Kemahiran Berfikir Kritis
Membuat persembahan secara profesional



Dapatan kajian tentang impak

2,100 website ICT guru; 1,930,000 website ‘research on ICT and teacher’

1,080,000 website mengenai impak ICT kepada latihan guru
Brush et al. (2003); Adamy & Boulmetis (2005)
Penggunaan TMK (New Zealand) mempertingkat keyakinan dalam pengajaran:
A) Kemahiran teknologi
B) Penyediaan bahan-bahan pengajaran
C) Pengajaran
D) Komunikasi secara efektif
E) Pengembangan profesional

Wilson & Haris (2004) di England; Culbertson, Daughtery & Merill (2004) Amerika; Volk, Woi Ming Yip & Ting Kau Lo (2003) di Hong Kong mengkaji Kesan Design and Technology Program :
D&T mempunyai impak positif terhadap sikap pelajar
Berbeza dengan metod tradisional dalam strategi pengajaran yang memuatkan bahan pengajaran yang pelbagai, menggalakkan aktiviti berkumpulan, menambah keyakinan pelajar
Peningkatan kemahiran berfikir tinggi termasuk penyelesaian masalah
Design and Technology Program
Matapelajaran berasaskan-proses
Berfokus kepada “knowing how” daripada “knowing that”
Memperkukuh pembelajaran
Aktiviti yang berwawasan
Bermakna
Mempertimbangkan kepelbagaian stail pembelajaran
Pembelajaran berasaskan-projek
Mengkehendaki pelajar lebih kreatif juga penyelesai masalah yang reflektif secara individu dan berpasukan
Kirschner (2003) mengkaji penyediaan Benchmark -- penggunaan TMK untuk guru:
Benchmark 1 – Personal ICT Competencies
Benchmark 2 – ICT and a mindtool (program komputer dan aplikasi yang membolehkan pengguna memindahkan maklumat kepada pengetahuan/melibatkan diri dalam HOT
Benchmark 3 – Educational Pedagogical Use of ICT
Benchmark 4 – ICT as a tool for teaching
Benchmark 5 – Social aspects of ICT Use in Education (kesan dan menyediakan role model penggunaan ICT yang baik) Russell et al. (2002)

Mengkaji penggunaan TMK/ICT untuk membina dan menyokong penilaian formatif dalam sains mendapati:

Penggunaan TMK/ICT membantu pembinaan penilaian formatif
Bagaimana TMK diaplikasikan
Mengumpul dan Menggunakan Maklumat (internet, www)
Membuat Sintesis dan membentang
Membuat Penilaian Bahan, watak, jalan cerita dsb. Dan membentang
Penggunaan perisian yang terdapat di pasaran (CD)
Penghasilan produk pembelajaran (membuat video, filem dsb)
Pembelajaran kolaboratif (perbincangan dalam talian, chat group dll)
Untuk komunikasi (sinkronis dan asinkronis)
Pendekatan pedagogi
Aplikasi D&T
Pembelajaran Berbantukan-Komputer
Pembelajaran Berasaskan-Internet
Pembelajaran Berasakan-Kolaboratif
Pembelajaran Berasakan-Teknologi
Pembelajaran Bersepadu


Setelah mempelajari topik ini, saya tertanya-tanya juga..bagaimana agaknya sistem pendidikan kita 10 tahun akan datang? Jika dengan penggunaan teknologi canggih ini banyak mendatangkan kebaikan, bagaimana pula dengan keburukannya, bagaimana cara kita sebagai guru untuk mengatasinya?

No comments: