Friday, March 28, 2008

TV Pendidikan vs TV 3?




Assalamualaikum.....ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...
Jumpa lagi.... nampaknya rakan-rakan sudah mula menunjukkan minat dalam pembinaan blog ni..saya melayari blog-blog sahabat DPLI dan macam-macam ada...semuanya hebat-hebat, Alhamdulillah... hari ini saya mempelajari topik TV Pendidikan, Prof Saedah menerangkan mengenai pelbagai maklumat mengenai TV Pendidikan. Selain itu Group 2 diberi tugasan untuk menghasilkan movie maker....ini yang membezakan kumpulan kami dengan kumpulan 1 dan 3...Antara isi kandungan pembelajaran TV Pendidikan ialah :-


Peranan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
vPerisian Kursus Pendidikan Interaktif
vRancangan TV Pendidikan
vBahan Cetak

Perisian
Perisian Kursus Pengajaran dan Pembelajaran
vBahan Pendidikan Berasaskan Sumber (Resource Base Educational Material) dan (supplementary and complementary Teaching Courseware)

Rancangan TV Pendidikan
vTV Pendidikan di bawah program PPSMI adalah rancangan KBSR dan KBSM (Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris)
vRancangan Sains Tulen (Fizik dan Kimia) dalam bahasa Inggeris
vRancangan TV Pendidikan (Isnin hingga Khamis) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Rancangan TV Pendidikan
vRancangan diterbitkan oleh penerbit TV Pendidikan
vRancangan usaha sama TV Pendidikan dengan syarikat swasta dan rancangan pembelian

Pembekalan Bahan Cetak
vBuku Bacaan Tambahan (BBT) terbitan swasta
vBahan Bantu Mengajar (BBM) terbitan swasta
vBahan bacaan tambahan (BBT) dan bahan bantu mengajar untuk Tahun1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun 2003

Perisian Kursus Pendidikan Interaktif
vPerisian dibangunkan dari peringkat papan cerita hingga ke perisian kursus BTP, PSPN dan PKG dan diedarkan ke sekolah-sekolah
v88 Sekolah Bestari menerima perisian kursus dalam bentuk talian (network version) bagi Smart School Management System)
vPerisian oleh BTP daripada bahan pendidikan yang mendapat anugerah Guru Inovatif KPM sempena Hari Guru
Rancangan TV Pendidikan
vJadual waktu siaran rancangan harian
vBuku panduan penggunaan KBSR dan KBSM yang mengandungi sinopsis sesuatu rancangan
vPanduan penggunaan rancangan


Nampaknya TV Pendidikan bersaing dengan tv hiburan yang lebih hebat...agak2nya mana yang lebih laku..dengan hiburan yang menarik dan seronok tu jauh lebih digemari oleh adik-adik para pelajar kita....bagaimana nak atasi masalah ni?


Antara kebaikan dan keburukan Internet


ORANG ramai berbelah bahagi mengenai cadangan menguatkuasakan undang-undang mengawal salah guna Internet. Perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku.Mereka yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak terdedah kepada gejala negatif seperti pornografi, di samping penyebaran berleluasa makalah dan berita berunsur fitnah atau menghasut. Sementara mereka yang menentang mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka yang dipertahankan pengusaha Internet. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang. "Cuma, untuk membuktikan kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding yang disiarkan akhbar. Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet," kata Safar.

No comments: