Assalamualaikum wth...
Nampaknya kini sudah hampir detik-detik terakhir untuk kita habiskan pengajian semester I...rasanya baru saja, pejam celik-pejam celik sudah masuk minggu akhir, Alhamdulillah.....saya dapat mengiapkan tugasan-tugasan yang diberikan walaupun banyak. Ini adalah pengajaran yang amat bermakna buat saya....lain kali jangan menangguh-nangguh kerja. hari ni Prof Saedah telah mengajar tentang keselamatan makmal komputer........
Aspek Keselamatan
Keselamatan peralatan elektrik
Keselamatan pengguna
1. Keselamatan Komputer
Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas
Guna ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik terkawal
Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat, terjatuh
Jangan letak di dalam boot kereta
Tutup komputer dan peranti unit dengan lapis plastik
Elakkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing
Tanggalkan plug daripada soket elektrik
Elakkan sambung kabel peranti (mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown
Jangan menanggal/memasang RAM/kad lain ke dalam storan tanpa memutuskan sumber elektrik
Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih komputer
Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit
Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkon/patah
Keselamatan dan keselesaan pengguna
Pastikan meja komputer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan
mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
Guna penapis cahaya monitor
Laraskan kedudukan monitor dengan mata harus 18-24 inci jauh dari mata
Sekiranya membuka casing sistem unit, pastikan sistem unit di shutdown, putuskan bekalan kuasa elektrik dan tanggalkan plug
Semasa penyelenggaraan elak memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang
Pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik
Jangan tanggalkan penyambung wayar kuasa pada komputer dalam sistem unit tanpa sebab
Satu lagi mengenai pembestarian sekolah, dulu tertanya-tanya jugak la......apa Sekolah Bestari tu?....Bagaimana pelaksanaannya? Bila dah banyak membaca barulah saya faham...
Akhirnya selesai minggu akhir bagi semester I....di akhir kelas, kami bergambar beramai-ramai bersama bonda tersayang Prof Dr. Saedah bin Siraj. Buat Prof Saedah..terima kasih atas segala tunjuk ajar dan penyampaian ilmu kepada kami semua...semoga Allah membalas segala kebaikan dan memberi kesihatan kepada Prof..dan buat Cik Ummi dan Cik Chin, walaupun kita jarang berjumpa tetapi segala ilmu yang dicurahkan tidak dapat saya balasnya...terima kasih untuk semua.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment