Friday, March 28, 2008

belajar dan terus mencari....


Assalamualaikum sahabat semua......
Apa khabar? Bagaimana dengan pengajian, ok ke..harap-harap kita semua dapat belajar dengan tenang walaupun banyak assignment kena siapkan..Hari ni 29 Januari 2008, Prof. Saedah telah memberi penerangan mengenai "Design and Technology Program". Dalam pengajian hari ini, Prof. Saedah telah memberi penekanan mengenai memperkukuhkan pembelajaran kepada pelajar. Dalam proses pembelajaran, seorang guru mestilah membuat penilaian yang formatif bagi memastikan pelajar tersebut faham apa yang guru ajar. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Teknik pembelajaran aktif, koperatif dan juga kaedah KBKK boleh digunakan bagi menerik minat pelajar. Antaranya seperti kuiz, latihan dalam kumpulan, peta minda, kaedah bercerita untuk memperkukuhkan pembelajaran. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan tayangan video klip mengenai penemuan bintang, atmosfera dalam al-Quran dan juga keajaiban ciptaan Allah. Selepas itu, Dr Saedah menyuruh kami membentuk kumpulan bagi menghasilkan tugasan berbentuk video klip sebagai bahan pengajaran. Selain itu, terdapat pelbagai cara penggunaan teknologi yang diaplikasikan contohnya mengumpul maklumat, mencari bahan, menyebarkan maklumat dan pelbagai lagi. Semasa perbentangan, kumpulan kami adalah kumpulan yang pertama memilih tajuk “suci dalam debu” simbolik kepada tayammum dari bahagian ibadah dan kami menerangkan dengan jelas tentang konsep ibadah, sebab dan syarat-syaratnya, rukun, aplikasi dan juga penghayatan. Manakala kumpulan kedua dan ketiga membentangkan tajuk yang sama dalam bab Aqidah iaitu “Bukti Kewujudan Allah s.w.t. Kedua-dua kumpulan ini mempersembahkan tayangan slide tentang dalil-dalil kewujudan Maha Pencipta. Manakala kumpulan keempat pula telah membentangkan tajuk wudhu’. Dengan menggunakan kaedah visualisasi ianya amat berkesan untuk menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar yang kurang berminat untuk belajar. Seterusnya kumpulan lima pula, telah memilih tajuk rukhsah solat. Kumpulan terakhir ini telah membentangkan konsep dan kaedah pendekatan yang menarik

Untuk minggu ini saya amat berpuashati dengan pembelajaran. Rasanya tidak ada apa-apa lagi untuk kali ini, jumpa lagi di lain slide.......ma’a salamah...Ila liqa’

No comments: